
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Tengku Noraishikin Tengku Zainal Abidin, seorang bekas ahli farmasi KKM, dan kini seorang dealer emas sepenuh masa dalam bidang simpanan dan pelaburan emas Public Gold.
Saya pernah bekerja selama 10 tahun di hospital kerajaan. Tidak pernah saya terfikir bisnes emas yang dahulunya saya jadikan sebagai pasif income sekarang sudah pun menjadi exit plan untuk saya membina impian dan membantu mengubah lebih banyak keluarga di luar sana dengan simpanan emas.
Dan alhamdulillah, semuanya bermula dengan 1 gram emas.
Dari anak nelayan, ke Cardiff, ke dunia bisnes
Saya lahir dalam keluarga sederhana. Ketika saya darjah 6, ayah saya pernah diberhentikan kerja pada 1999, zaman di mana seluruh negara dilanda kegawatan ekonomi. Syarikat-syarikat terpaksa mengecilkan jumlah pekerja dan ayah saya salah seorang daripada yang terkesan pada waktu itu.
Bayangkan dengan ibu masih mengandungkan adik yang bongsu, anak-anak 4 orang masih bersekolah rendah dan menengah, tanpa backup plan, ayah saya terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk “survive” termasuklah pernah menjadi bekas nelayan.
Mak saya pula dari seorang suri rumah akhirnya terpaksa menjual kuih-muih untuk membantu perbelanjaan kami semua. Saya masih ingat lagi seawal jam 3pagi mak sudah masuk ke dapur untuk menyiapkan kuih-muih dan saya akan teman mak sambil mengulangkaji pelajaran di meja dapur, sambil menggoreng pau dan burger Malaysia.
Dari kecil, saya sudah terbiasa dengan kehidupan serba sederhana, dan pengalaman ini mengajar saya untuk hidup berjimat, menyimpan, dan bersedia dengan backup plan sekiranya terjadi apa-apa pada saya atau keluarga.
Alhamdulillah, berkat doa mak ayah, keluarga, guru, rakan-rakan, jiran tetangga, saya dapat peluang sambung belajar dalam bidang hafazan di Maahad Tahfiz Darul Quran, Jakim Selangor, sebelum mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang farmasi di Cardiff University, UK.
Di sanalah saya mula berjinak-jinak bersama rakan baik saya, Farah Izzah dengan dunia bisnes. Bermula dari FB Page, kami berdua mula menjual tudung Turki secara kecil-kecilan kepada pelajar Malaysia di sana.
Idea ini tercetus selepas kami berdua menyertai program pertukaran pelajar UK ke Turki (Erasmus Program), dengan tajaan dari British Council.
Sakit 5 bulan, tapi income tetap masuk
Bila saya pulang ke Malaysia dan mula kenal emas dan Public Gold, saya tidak pandang belakang lagi. Saya mula menyimpan secara konsisten, kemudian mula berkongsi manfaat emas dengan kawan-kawan dan kenalan.
Bermula dari Public Gold Leadership Training (PLT) November 2020 yang pertama saya sertai, saya tahu inilah model bisnes yang sangat bagus yang selama ini saya tercari-cari. Peluang jana pasif income dari bisnes ini sangat mudah!
Pesan mentor, bantu 1,000 penyimpan emas pertama insyaAllah income bersama Public Gold tak akan kurang dari RM5,000!
Dan yang paling saya tak boleh lupa, saya pernah diuji dengan sakit selama 5 bulan dan tak dapat berbuat apa-apa aktiviti bisnes. Bayangkan jika saya masih bekerja, tiada siapa yang dapat berikan saya MC selama 5 bulan berturut-turut. Minimum yang saya boleh buat adalah mungkin memohon cuti tanpa gaji..
Namun alhamdulillah, walaupun berehat selama 5 bulan, income dari bisnes Public Gold saya tetap masuk dan tidak kurang dari RM5,000 sebulan. Dan sale saya pada tahun itu hanya 4 kali sahaja tidak hit “Q-bonus” iaitu hanya ketika saya sakit sahaja..
Masa tu saya betul-betul rasa nikmatnya ada pasif income, pendapatan yang tetap masuk walaupun kita tidur!
Itulah titik perubahan hidup saya..
Dari simpan emas, ke simpan impian
Hari ini, saya dan suami sudah menyiapkan simpanan sekitar 1 kilogram emas untuk keluarga kami. Tapi lebih penting dari itu, kami sudah berjaya bantu lebih ramai orang mula simpan emas dan ubah cara mereka urus kewangan. Ramai yang sebelum ni tak pernah menyimpan, kini dah ada tabung kecemasan, dah mula menabung emas sedikit demi sedikit.. Itu satu kepuasan yang tak boleh dinilai dengan wang.
Kami juga membimbing rakan-rakan dealer seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia untuk bina pendapatan kedua, malah ada yang kini sudah pun mencapai 4-5 angka sebulan walaupun hanya bermula dari simpanan 1 gram.
Saya percaya, dalam setiap orang ada potensi luar biasa. Yang kita perlukan cuma ilmu, tindakan, dan bimbingan dari mentor yang betul..
Bersama team kami, G100 dan 5G, kami sangat bertuah mempunyai mentorship direct daripada Tuan Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang.
Misi hidup saya
Misi hidup saya mudah,
Bantu lebih ramai orang capai kebebasan kewangan dengan ilmu dan tindakan.
Pesan mentor, bukan emas yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu..
Saya percaya, rezeki yang berkat bukan hanya tentang berapa banyak yang kita dapat, tapi sejauh mana kita manfaatkan rezeki tersebut untuk bantu lebih ramai insan di luar sana.
Dan emas hanyalah permulaan.
Terima kasih kerana singgah di blog saya. Saya doakan anda juga berjaya capai impian anda, tak kira dari mana pun anda bermula.
Salam hormat,
Shikin Zainal (Introducer code: PG00246504)
https://linktr.ee/shikinzainal
+6011-6742 4142